25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Kerajaan Pusat terus fokus basmi kemiskinan di Kelantan – PM

Kerajaan akan terus memberi perhatian dalam mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Pusat akan terus memberi perhatian dalam mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan dengan peruntukan RM124 juta kepada hampir 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Menurut Perdana Menteri, ia meliputi golongan isi rumah, bujang dan warga emas yang memerlukan.

“Kerajaan juga telah memberikan bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

“BKM merupakan bantuan tunai tertinggi dalam sejarah, dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion,” katanya semasa merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kaedah baharu bagi menangani miskin tegar secara holistik melibatkan semua kementerian, agensi, swasta, universiti, badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

“Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) sedang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan ekonomi Kelantan digerakkan sepenuhnya, Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi.

Baca juga:   Usah kibar bendera putih, kita masih ada kekuatan - Pas Pahang

Projek yang akan dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kata beliau, meliputi Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali.

Baca juga:   Jadikan perbezaan kaum, agama sebagai keistimewaan - PM

“Usaha ini dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion dan dijangka menjana sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baharu dan 270 peluang keusahawanan untuk penduduk tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Konsep Tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, nilai toleransi tersebut bukan hanya dalam hidup bermasyarakat tetapi juga beragama dengan menghormati hak dan kewajiban antara agama Keluarga Malaysia, sekaligus mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

“Dengan tasamuh juga, Keluarga Malaysia akan lebih menghargai perbezaan antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh agama Islam.

“Sebagai kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan dan mencari titik persamaan dalam kepelbagaian melalui konsep Keluarga Malaysia dan tasamuh,” katanya.

Beliau berkata, idea Keluarga Malaysia yang diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu bukan sekadar retorik atau slogan semata-mata tetapi telah berjaya memelihara kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

“Konsep Keluarga Malaysia bermatlamat supaya rakyat berbilang kaum dan merentasi agama di negara ini dapat terus mengamalkan hidup bersatu-padu dalam satu keluarga besar berasaskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Baca juga:   MoU dwi-partisan libatkan enam persefahaman - PM

“Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Usah kibar bendera putih, kita masih ada kekuatan - Pas Pahang

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan