27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jumlah jangkitan Covid-19 naik mendadak, 5,230 kes dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak apabila merekodkan sebanyak 5,230 kes semalam.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, peningkatan tersebut termasuk 11 kes import turut dilaporka sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,576,164 kes setakat ini.

Dalam pada itu, sejumlah 2,927 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,536,946 kes.

Katanya, sebanyak 41,208 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 2,295 pertambahan kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,877 diikuti Kuala Lumpur (1,584), Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140) dan Johor (107).

Advertisements

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (102), Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23), Labuan (12) dan Perlis (8),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 844.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,601 setakat ini.

Sebanyak 39, 703 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,411 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan