30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pelantikan TPM hak prerogatif Perdana Menteri – Mahdzir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HAK melantik mana-mana Ahli Parlimen bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepenuhnya.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang boleh menentukan sama ada jawatan itu perlu segera diisi atau sebaliknya.

“Jawatan TPM itu hak prerogatif Perdana Menteri, hak beliau jadi biar beliau putuskan walau ada perjanjian bersama atau apa sekalipun, biarkan pada Perdana Menteri.

“Sama juga pilihan raya hak Perdana Menteri juga, beliau ada laporan, tahu apa yang berlaku di persekitaran, di antarabangsa, ASEAN, jadi beliau boleh putuskan berdasarkan maklumat yang ada,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Taklimat Khas PROSPEK Pedu di Padang Terap, Kedah hari ini.

Mahdzir berkata, isu itu adalah antara hak prerogatif dimiliki Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dan ianya perlu dihormati oleh semua pihak termasuk parti politik yang membentuk Kerajaan Pusat ketika ini.

Advertisements

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan Perdana Menteri membubarkan Parlimen jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berterusan mendesak lantikan jawatan TPM.

Mengulas mengenai keputusan yang bakal dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti itu, Mahdzir berkata UMNO perlu menerima apa jua keputusan ROS itu nanti.

“Setakat ini kita tidak dapat lagi (keputusan) dan kita perlu tunggu keputusan, apabila keputusan keluar pada waktu itu kita terima keputusan apa yang diputuskan.

“Ada dua (keputusan) sama ada lulus atau tidak lulus, itu sahaja, kalau tidak lulus pemilihan UMNO kena buat dahulu, selepas itu baru pilihan raya, kalau lulus mungkin boleh pilihan raya dahulu dan baru buat pemilihan,” jelas Mahdzir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan