24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

33 pondok Madrasah Al-Imaniyah musnah terbakar

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 10.30 pagi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 33 buah pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah, Jalan Sungai Ular, Kuantan, Pahang musnah dalam satu kebakaran pada pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.39 pagi dan tiba 10 minit kemudiannya dengan tiga jentera termasuk sebuah jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Indera Mahkota.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang (JBPM), Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, kebakaran pantas merebak disebabkan struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu.

Kebakaran juga tidak membabitkan sebarang mangsa kerana semua pondok tidak mempunyai penghuni ketika kejadian kerana sedang bercuti.

“Sebab itu bila bomba sampai dah 20 kebakaran (pondok), walaupun tempoh masa kita sampai dalam lebih kurang 10 minit atau kurang daripada 10 minit tetapi disebabkan struktur bangunan ini daripada kayu mungkin dah lama sebagainya dan juga kedudukan struktur pondok ini begitu rapat (menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat),” katanya.

Advertisements

Ujar Wan Mohammad lagi, pihak bomba menghadapi kesulitan kerana ketiadaan pili bomba dan terpaksa menggunakan air dari sungai berhampiran sejauh 300 meter dari lokasi kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 10.30 pagi.

Bagaimanapun menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan