33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Pertuduhan tanam 17 pokok ganja terhadap Yasin kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya diberitahu bahawa kes pendakwaan terhadap penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kekal dijalankan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang.

Beliau kemudiannya memohon tarikh sebutan kes daripada mahkamah untuk menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan.

Peguam bela yang mewakili Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan itu dan meminta sebutan kes dibuat dua minggu dari tarikh hari ini.

Hakim, Jamaluddin Man kemudian menetapkan 6 Julai nanti untuk sebutan kes.

Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Baca juga:   Usaha lemahkan UMNO menerusi 'pisau, pen dan buku cek'

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a)ADB 1952 itu.

Muhammad Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.

Sementara itu, Mohd Asnawi memberitahu Mahkamah Majistret, perubahan pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 atau sebaliknya terhadap penyanyi itu kerana mengedar dadah masih disiasat.

Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, kemudian menetapkan tarikh sebutan kes sama seperti ditetapkan Jamaludin iaitu pada 6 Julai 2022.

Baca juga:   Kerteh FC tampil dengan wajah, semangat dan azam baharu

Selain Ariff Azami, penyanyi itu turut diwakili peguam bela, Mohd Yusmadi Yusoff dan Azizul Syarimah Mat Yusoff.

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan