26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Subsidi minyak masak berpaket masih kekal – PM

Peruntukan sebanyak RM4 bilion disediakan bagi subsidi 60,000 tan metrik minyak masak berpaket 1 kg.

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak berpaket dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, jumlah itu jauh lebih besar berbanding RM500 juta pada tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada 2021.

Beliau berkata, ia penyediaan sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

“Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan ini adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi satu kilogram (kg) sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi satu kg untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40. Subsidi ini telah bermula sejak Jun 2007.

“Sehingga kini masih dilaksana oleh kerajaan hari ini dan tidak ditarik balik seperti digambarkan sesetengah pihak,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg yang diperkenalkan pada Ogos 2021 dimansuhkan.

Advertisements

Beliau berkata, ini kerana program yang diperkenalkan bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol ini hanyalah untuk tempoh tiga bulan sahaja dengan kos RM55 juta sebulan.

“Walau bagaimanapun, kerajaan mendapati minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Sehubungan Ismail Sabri berkata, kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai ini untuk tidak lagi menyambung subsidi bagi minyak masak berbotol kerana objektif awal program tersebut adalah untuk membantu golongan terkesan pandemik.

Semalam, Menteri Perdagangan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak dalam kemasan botol dua kg hingga lima kg berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Kenyataan itu telah mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat yang beranggapan kerajaan tidak lagi menyalurkan subsidi untuk minyak sawit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan