24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Penerima BKM diberi bantuan tambahan RM100, RM50

Pemberian bantuan tunai tambahan itu mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakang ini.

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 bagi golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang kategori B40.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan tunai tambahan itu akan dibayar sekali dengan bayaran Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan dibuat mulai 27 Jun ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan tunai tambahan itu mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakang ini.

“Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

“Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Baca juga:   Tak perlu TPM, empat menteri kanan sudah ada - PM

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Perdana Menteri berkata, bayaran tersebut akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Kata beliau, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Baca juga:   KKM diminta senaraikan anak kematian ibu bapa akibat Covid

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan secara berperingkat. Semakan status pembayaran boleh dibuat bermula 27 Jun melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” kata beliau.

Pada 1 Jun, Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa bantuan tunai akan diberikan kepada Keluarga Malaysia yang terkesan akibat cabaran kos sara hidup apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi harga ayam, telur dan kenaikan harga barang makanan yang lain.

Perdana Menteri berkata, BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dan setakat ini sebanyak 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022.

“Bantuan ini merupakan yang tertinggi setakat ini yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   PKPD taman perumahan Telok Ira mula 21 Februari

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan