24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Malaysia sifar kematian akibat COVID-19

Kali pertama tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak 18 Disember 2020

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BUAT pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 1,690 kes baharu COVID -19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,540,612 kes setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow, penularan tersebut melibatkan 1,680 kes tempatan dengan 10 kes import.

Di samping itu, data berkenaan turut melaporkan sebanyak 25,944 kes masih aktif dengan 24,906 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 15 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Advertisements

Seramai 1,000 pesakit dirawat di hospital dengan 23 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, seramai 15 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu juga mencatat lebih daripada kes aktif, iaitu sebanyak 2,108 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut portal COVIDNOW, sejumlah 1,737,624 kanak-kanak atau 49 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Bernama

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan