28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kanak-kanak 4 tahun kritikal, ada dadah dalam badan

Belum dapat dipastikan sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu - Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Kelantan kritikal susulan terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.

Menurutnya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan