25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerap bincang PRU-15 beri kesan kestabilan politik – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terlalu kerap berbincang mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.

Bagaimanapun beliau mengakui setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU-15.

“Kerajaan yang ada ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri antara pemimpin parti di dalam kerajaan.

“Saya dah beritahu tak ada seorang pun Perdana Menteri berbincang mengenai tarikh PRU secara terbuka di khalayak ramai.

“Semua Perdana Menteri tak bincang soal tarikh PRU, jadi ini beri kesan kepada kestabilan politik, kalau kita bincang jadi akhirnya tumpuan kita lebih kepada soal pilihan raya.

“Tetapi PRU tetap ada semakin hari semakin hampir dengan tarikh PRU15,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Advertisements

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengakutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini pemimpin UMNO menggesa supaya Perdana Menteri mempercepatkan PRU-15 bagi mendapat mandat baharu daripada rakyat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan berada dalam keadaan stabil dengan sokongan semua pihak termasuk pembangkang bagi memboleh tumpuan diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi.

“Apa yang berlaku dalam keadaan sekarang stabil, tidak ada isu besar, pertembungan antara kenyataan-kenyataan keras parti politik juga tidak ada.

“(Kerajaan) masih stabil, ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negara, menyelesaikan isu kenaikan harga, memulihkan bekalan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan