26.2 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

JKM ada alasan kukuh sita Rumah Bonda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan sitaan dan menghentikan operasi rumah kebajikan Rumah Bonda yang didapati tidak pernah berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan semenjak ianya mula beroperasi.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan tindakan saman dikemukakan pengasas rumah berkenaan.

Menurut beliau, Rumah Bonda bukan sahaja tidak berdaftar dengan JKM, tetapi juga dengan beberapa agensi lain termasuklah Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Seperti semua tahu, Rumah Bonda ini kita sudah sita sejak tahun lepas kerana ianya tidak berdaftar, peringatan kita sudah buat, jadi tidak mengapa kita akan ikut proses ini (tindakan mahkamah) kerana itu hak dia.

“Tetapi JKM sudah pasti ada ‘basis’ untuk meneruskan proses sitaan, bila kita sita bermakna bermakna kita beri dia peluang untuk kemukakan pendaftaran dan sebagainya.

Baca juga:   Mahkamah tolak rayuan Najib gugurkan Gopal Sri Ram

“Rumah berkenaan tidak berdaftar dengan tiga agensi teknikal ini antaranya JKM, Jabatan Kesihatan dan bomba, sebab itu kita buat Notis Lak (Penutupan), sebaliknya dia buat permohonan mahkamah untuk batalkan notis Lak berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Tinjauan Operasi Ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di sini hari ini, lapor Utusan.

Tambah Rina, tindakan sedemikian adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan penghuni terjamin kerana pendaftaran rumah kebajikan perlu mematuhi syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan kerajaan.

Baca juga:   Elaun JKM, Impak pemansuhan UPSR, tumpuan sidang Dewan Rakyat

Semalam, media melaporkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali memfailkan saman terhadap JKM dan memohon agar rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu.

Wartawan

Terkini

DBKL angkut 11 motosikal halang laluan pejalan kaki di Kg Baru

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) di sekitar laluan...

Lagi Artikel Berkaitan