24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Isu padang SNBJ: Jawatankuasa pertandingan tak ‘ngam’ ke?

Isu ini tidak berlaku sekiranya mereka mempunyai pelan tindakan kecemasan sekiranya berlaku hujan lebat -- yang sememangnya sudah boleh dijangka

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

MEMALUKAN negara! Bukan sebab skuad Harimau Malaya kita tewas kepada Bahrain dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 kelmarin, tetapi kerana keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang menjadi satu-satunya venue bagi kejohanan tersebut.

Aku tak mahu komen dah pasal teruknya padang SNBJ sebab isu ini sudah dibangkitkan oleh Turkmenistan, Bahrain bahkan Bangladesh selaku pasukan pendatang. Bahkan perkara ini bukan baharu.

Soal guna penyodok sampah dan papan lapis untuk buang air yang bertakung di padang kerana sudah pun dihentam kiri-kanan oleh warganet.

Tetapi aku nak bertanya soal kesepakatan dan kerjasama pihak-pihak yang terlibat dalam penganjuran pertandingan terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Ini kerana apabila berlakunya isu padang SNBJ bertukar menjadi bendang terutama ketika aksi Malaysia dan Bahrain, pihak-pihak yang berkenaan mula menuding jari antara satu sama lain.

Aku yakin satu jawatankuasa khas pertandingan sudah dibentuk yang melibatkan semua pemegang taruh dibentuk bagi menganjurkan Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E ini.

Menggunakan penyodok sampah untuk membuang air di tengah padang bukan sahaja tidak efektif, merosakkan padang malah sangat tidak profesional serta memalukan negara. – Sumber: Media sosial

Yelah, biarpun hanya melibatkan empat pasukan termasuk kita sebagai tuan rumah, jawatankuasa ini penting bagi melancarkan perjalanan kejohanan.

Namun, apabila isu air menggenangi padang SBNJ akibat hujan lebat di sebelah petang sehingga menjelang perlawanan Malaysia-Bahrain, sudah tentu jawatankuasa pertandingan sepatutnya ada penyelesaiannya.

Tetapi sebaliknya pihak PSM mula menyalahkan FAM kerana enggan menggunakan dua vanue berlainan serta tidak mahu menangguhkan perlawanan Malaysia-Bahrain biarpun padang ketika itu bertukar menjadi bendang.

PSM mempertahankan bahawa sistem perparitan di bahagian bawah padang di SNBJ masih berfungsi dengan baik namun memerlukan sedikit masa untuk membolehkan air mengering, tetapi dimaklumkan para pegawai FAM tidak sabar untuk memulakan perlawanan.

Advertisements

Apakah jawatankuasa ini tidak ada pelan tindakan kecemasankah sekiranya berlaku keadaan hujan luar biasa atau mereka tidak sehaluan sehingga perkara seperti ini boleh berlaku?

Atau mereka mengambil jalan mudah dengan menganggap semuanya OK sehinggakan apabila keadaan tersebut benar-benar berlaku, masing-masing buntu untuk mencari penyelesaian terbaik.

Hasilnya dikerahkanlah para pekerjaan pencuci bangunan SNBJ dan menggunakan segala peralatan waima penyodok sampah atau papan lapis untuk menolak air keluar daripada padang — yang bukan sahaja tidak efektif malah merosakkan rumput.

Sungguh, isu padang SBNJ benar-benar mencacatkan kejohanan tersebut sekali gus menyukarkan untuk Malaysia melobi untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 yang kini sedang dalam proses mencari venue baharu setelah China menarik diri ekoran pandemik Covid-19.

Begitulah bola sepak Malaysia. Ketika skuad Harimau Malaya menampilkan aksi yang meyakinkan dan menghiburkan di bawah bimbingan Kim Pan Gon, stadium pula buat hal — yang sebetulnya sudah boleh dijangka lebih awal tetapi masing-masing mengambil mudah.

Lalu apa kesudahannya isu padang ini? Apa perancangan jawatankuasa pertandingan sekiranya keadaan sama berulang dalam aksi terakhir Kumpulan E esok?

Apakah pihak penganjur sedang menempah lebih banyak penyodok sampah dan papan lapis di shopee atau mempunyai perancangan lebih baik?

Jangan sampai keadaan padang merencatkan aksi para pemain sendiri. Elok-elok dah boleh menang, sebab padang kita pula yang tewas. Begitulah yang berlaku kelmarin.

Kalau tanya siapa yang perlu bertanggungjawab, bagi aku semua pemegang taruh yang terlibat lebih-lebih lagi jawatankuasa pertandingan.

MTB – Mana menteri?

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan