31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Pembentangan mansuh hukuman mati mandatori dijadual Oktober

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan membentangkan pindaan memansuhkan hukuman mati mandatori dalam 11 peruntukan undang-undang pada sidang Parlimen Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya semua berjalan mengikut perancangan, negara tidak lagi mengenakan hukuman mati mandatori mulai Januari tahun depan.

“Kerajaan juga akan menjalankan tinjauan awam untuk mengumpul maklum balas daripada rakyat mengenai rancangan pemansuhan itu sebelum membentangkan undang-undang itu ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

“Jika boleh selesaikan soalan-soalan (mengenai) pindaan dulu dan bentangkan apa kabinet dah putus untuk putuskan tentang hukuman mati mandatori pada Oktober nanti.

“Kemudian pada Disember, ia akan dibawa ke Dewan Negara. (Jadi) menjelang Januari akan dimansuhkan secara realiti,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dan ia akan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Baca juga:   PM umum empat inisiatif baharu sempena Hari Pekerja

Keputusan itu dicapai selepas Wan Junaidi membentangkan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan beberapa pihak termasuk oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, secara peribadi berharap agar hukuman gantung sampai mati khususnya bagi kesalahan dadah dikekalkan.

Katanya, pindaan pada 15 Mac 2018 iaitu budi bicara hakim untuk menentukan sama ada mahu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ataupun hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 perlu dikekalkan bagi memberi ketakutan serta kegerunan kepada individu untuk membuat kesalahan di negara ini.

Baca juga:   Isu beg berat: Lokar sekolah dipasang akhir bulan ini

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermaksud tiada lagi pelaksanaan hukuman mati dalam sistem keadilan jenayah negara.

Beliau sebaliknya berkata, hukuman mati tetap dilaksanakan cuma tiada lagi mandatori bagi memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Ia juga katanya, bagi memberi peluang kedua kepada pesalah atas budi bicara hakim kepada mereka yang dirasakan layak. – Edisi 9

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan