25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Tengku Permaisuri Selangor dimasyhur Pro-Canselor UiTM baharu

Pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baru bagi tempoh 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berkenan mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.

Pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu bagi tempoh 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024 diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (November 2020) kali ini berlangsung secara bersemuka bermula hari ini hingga 6 Julai menyaksikan seramai 27,287 graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Baca juga:   UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin letak jawatan

Daripada jumlah itu, seramai 169 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,243 Ijazah Sarjana; 62 Profesional; 163 Diploma Lepasan Ijazah; 9,024 Ijazah Sarjana Muda dan 16,626 graduan menerima Diploma. – Bernama

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan