25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Syafiq genggam emas, pungut mata keseluruhan 381.35

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA terus menambah pingat emas apabila penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh memenangi acara 3 meter (m) papan anjal individu pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

Syafiq menggunakan pengalaman tiga temasya lalu dengan cukup baik untuk memastikan kem negara terus mendominasi sukan terjun apabila kini membolot tujuh daripada lapan pingat emas yang ditawarkan.

Atlet berusia 27 tahun itu konsisten menampilkan terjunan terbaik di Pusat Akuatik My Dinh untuk memungut mata keseluruhan 381.35.

Lebih manis, seorang lagi penerjun negara, Gabriel Gilbert Daim memastikan kedudukan 1-2 di atas podium buat Malaysia apabila meraih perak dengan 357.30 mata.

Penerjun Thailand, Chawanwat Juntaphadawon mengakhiri perjuangan di tempat ketiga dengan pengutan mata keseluruhan 340.35.

Advertisements

“Saya sangat teruja kerana dapat meraih emas buat negara. Saya sangat gembira dengan pencapaian ini kerana ia adalah kemenangan pertama dalam acara 3m papan anjal individu.

Apa pun, kemenangan ini tidak hadir tanpa usaha dan latihan. Saya mahu menghadiahkan pingat emas ini buat anak saya, Nuraisya Zulaikha sempena hari lahirnya esok yang akan memasuki usia dua tahun.

“Saya tak berjumpa dengan anak kira-kira dua bulan dan kemenangan ini khas buatnya,” katanya lapor Kosmo!.

Ini adalah emas kedua Syafiq dalam kariernya di Sukan SEA selepas meraih emas dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai Pui Yee sewaktu edisi Kuala Lumpur 2017.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan