34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia raih emas Dodgeball Dunia di Kanada

Pemain negara, Carlos Goonting pula dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SKUAD dodgeball lelaki negara membawa pulang pingat emas dalam saingan Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada selepas menewaskan Australia 10-5 sementara pasukan campuran negara memperoleh pingat perak.

Malaysia menempah slot ke final selepas menundukkan tuan rumah 8-3 di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton.

Turun dalam aksi final awal pagi tadi, Malaysia memastikan gelaran juara dunia apabila mengatasi Australia 10-5.

Malaysia turut memperoleh anugerah Pemain Paling Bernilai menerusi Carlos Goonting.

Sementara dalam saingan campuran, Malaysia terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas kepada Kanada 7-3.

“Ini adalah satu penghormatan besar bagi Malaysia kerana kita menyambut Hari Merdeka ke-65 dan juga Hari Malaysia.

Advertisements

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), K. Radha berkata, kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan ketika berdepan beberapa pasukan terbaik dunia.

“MAD menyasarkan dua pingat emas tetapi untuk meraih satu emas dan satu perak, kami tetap berterima kasih kepada pasukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sukan (KBS), Institut Sukan Negara (ISN), Berjaya Corporation, Black Box dan semua penaja lain atas sokongan tidak berbelah bahagi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kami atas kerja cemerlang mereka dalam menyediakan pasukan,” katanya lapor Astro ARENA.

Untuk rekod, skuad lelaki negara mengulangi pencapaian juara kategori lelaki pada edisi 2017 di Toronto, Kanada, diikuti pencapaian skuad lelaki mengulangi kejayaan sama pada edisi 2018 di Los Angeles sebelum kedua-dua pasukan masing-masing muncul naib juara pada edisi berikutnya di Cancun, Mexico, 2019.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan