24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tze Liang-Yi Wei sumbang emas kedua negara

Emas pertama negara disumbang Nur Dhabitah Sabri menerusi acara 1 meter papan anjal individu wanita.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONTINJEN Malaysia menuai emas kedua pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 menerusi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki sebentar tadi.

Kejayaan terbaharu itu hadir menerusi gandingan penerjun berpengalaman negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei pada aksi final yang berlangsug di Pusat Akuatik My Dinh.

Keserasian yang ditampilkan gandingan tersebut nyata berada dalam kelas tersendiri untuk menewaskan wakil tuan rumah, Nguyen Tung Duong dan Phuong The Anh.

Memandangkan acara tersebut hanya disertai dua negara, ia bermakna Vietnam muncul sebagai pemenang pingat perak walaupun memiliki perbezaan mata yang jauh dengan pasangan Malaysia.

Advertisements

Kemenangan itu pastinya mencerahkan peluang kem terjun negara untuk menyapu bersih kesemua acara yang dipertandingkan selepas Nur Dhabitah Sabri meraih emas pertama menerusi 1m papan anjal individu wanita.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyampaikan pingat emas kepada Nur Dhabitah Sabri di Hanoi.

Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata dalam aksi di Pusat Akuatik My Dinh.

Rakan sepasukan Dhabitah, Kimberly Bong memastikan kedudukan 1-2 di atas podium buat Malaysia apabila meraih perak selepas mengumpul 230 mata.

Penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai menyertai dua penerjun negara itu di atas podium apabila meraih gangsa selepas mengumpul 224.0 mata.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan