31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Sukan SEA: Harimau Muda diundi dalam ‘kumpulan maut’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UNDIAN peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2023 hari ini nyata tidak menyebelahi skuad Harimau Muda apabila diundi bersama juara bertahan, Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan B.

Selain Vietnam dan Thailand yang juga juara 16 kali, skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kendalian E. Elavarasan itu juga bakal berdepan pasukan jiran, Singapura dan Laos yang juga bukan lawan mudah.

Sementara itu, Indonesia pula dijangka tidak berdepan masalah ke separuh akhir apabila diundi bersama Myanmar, Kemboja, Filipina dan Timor Leste dalam Kumpulan A.

Advertisements
Keputusan undian kejohanan bola sepak lelaki dan wanita bagi Sukan SEA 2023 di Kemboja. Foto: FAM

Dalam pada itu, skuad bola sepak wanita negara pula turut berdepan tugas sukar apabila diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Vietnam dan semi finalis 2021, Filipina.

Skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi turut diundi bersama Myanmar dan Indonesia bagi acara bola sepak wanita yang akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, pada 2 hingga 15 Mei depan.

Kumpulan B pula menyaksikan, naib juara edisi lalu, Thailand diundi bersama Singapura, Kemboja dan Laos sekali gus mencerahkan peluang skuad Gajah Putih itu untuk ke final. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan