25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

‘Young Tigers’ uji kekuatan di Australia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD hoki remaja lelaki negara diuji kekuatan mereka dalam siri jelajah persahabatan di Perth, Australia menjelang kejohanan Sukan SEA Kemboja dan Piala Remaja Asia pada Mei depan.

Sebanyak 21 pemain di bawa ke Australia hari ini bagi mengharungi enam aksi persahabatan diatur sebelum kembali ke tanah air pada 15 April ini.

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim berkata, pemain yang dibawa ke Perth merupakan mereka yang telah mempamerkan persembahan terbaik sewaktu saingan TNB Liga Hoki Malaysia baru-baru ini.

Katanya, mereka termasuk dua penjaga gol, tujuh pertahanan, enam pemain tengah dan enam penyerang.

“Selain daripada pemain yang beraksi bersama Young Tigers, terdapat juga muka baru dibawa ke Perth untuk dinilai tahap kemampuan mereka beraksi di peringkat tertinggi.

Advertisements

“Untuk siri jelajah kali ini, kami akan menentang kelab di Australia yang rata-ratanya merupakan pemain senior, sudah tentu kualiti serta tempo permainan akan berbeza,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei sementara Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Oman pula akan diadakan pada 23 Mei hingga 1 Jun depan.

Sementara itu, Muhamad Amin berkata, kepantasan berfikir dan fizikal akan menjadi taruhan pasukan dalam aksi persabahatan menjelang dua kejohanan penting tersebut.

“Selain itu, saya ingin melihat kemampuan pemain beraksi dalam situasi tekanan tinggi dan seperti yang semua sedia maklum, Australia merupakan antara pasukan terbaik dunia.

“Saya turut meletakkan harapan pemain mengambil peluang dan menggunakannya dengan sebaik mungkin selain belajar beraksi di perlawanan yang tempo serta tekanan tinggi kerana mereka akan menghadapi dua kejohanan yang cukup penting,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan