24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tunggang kapcai dari Batu Gajah, ikat anak dengan kain pelikat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ITULAH tindakan nekad seorang bapa bagi memastikan keselamatan anak lelakinya berusia sembilan tahun selamat sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 175 kilometer dari Batu Gajah, Perak ke Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut memboncengkan anaknya itu dengan mengikat kain pelikat pada bahagian depan tubuhnya sebelum ditahan anggota polis trafik yang meronda di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Rawang, Selangor, semalam.

Menurut Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, kejadian tersebut disedari semasa Peronda Lebuh Raya Zon Tengah A1 melakukan rutin rondaan seperti biasa oleh Peronda Rawang/Latar terdiri daripada Koperal Mohamad Fitdros Saman bersama Koperal Nazruddin Syazwan Mat Nanyan.

“Semasa penugasan dijalankan sekitar pukul 4.00 petang di kilometer 435.1 (arah selatan), mereka ternampak seorang penuggang motosikal dalam keadaan mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di tubuh badan kanak-kanak tersebut.

“Melihat situasi tersebut, mereka berhenti dan bertanyakan apa yang boleh dibantu dan semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur 9 tahun,” kongsinya hari ini.

Advertisements

Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah.

“Peronda Rawang/Latar telah menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh si bapa ini boleh mendatangkan risiko bahaya dan atas faktor keselamatan, mereka menghubungi Pegawai Turus Lebuh Raya Zon Tengah A bagi membawa dan menghantar kanak-kanak lelaki tersebut sambil diiringi ayahnya ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur,” katanya.

JSPT Bukit Aman dalam hantaran berkenaan turut menasihatkan pengguna lebuhraya lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan di musim perayaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan