24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dulang 2 emas: PM ucap tahniah kepada Aniq, Aznil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat negara kerana berjaya menyumbang dua pingat emas awal di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kedua-dua atlet tersebut, Mohamad Aniq Kasdan yang menyumbang emas pertama menerusi acara 55 kilogram (kg) dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Pameran Nasional (NEC) hari ini.

“Alhamdulillah, pingat emas pertama untuk kontinjen negara di Sukan Komanwel 2022! Tahniah Mohamad Aniq Kasdan yang cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249kg bagi memberi pingat pertama negara.

“Lebih manis, pencapaian Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baru serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia,” kata beliau menerusi media sosialnya.

Advertisements

Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan sama kepada Muhamad Aznil Bidin yang mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Gold Coast 2018 dalam acara 61 kg.

“Tahniah buat Aznil Bidin yang baru sahaja mendapat pingat emas untuk Malaysia bagi acara angkat berat, kategori 61 kg,” katanya.

Badang kelahiran Kedah itu, melakukan angkatan snatch 127kg dan 158kg bagi clean & jerk.

Atlet Papua New Guinea Morea Baru memenangi pingat perak dengan mencatat angkatan keseluruhan seberat 273kg, sementara gangsa menjadi milik Gururaja Poojary dari India dengan angkatan bebanan 269kg. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan