25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Fenomena di ruang udara Sarawak disahkan serpihan roket China

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FENOMENA di ruang udara di sekitar Sarawak yang tular sejak tengah malam tadi rupa-rupanya merupakan serpihan roket Long March 5B milik negara China.

Perkara itu disahkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang menyatakan serpihan tersebut turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Menerusi kenyataan, pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China memaklumkan, kemasukan semula serpihan tersebut ke ruang udara bumi dikesan pukul 12.55 tengah malam tadi, waktu Malaysia.

“Serpihan roket itu telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar turut melintasi ruang udara Malaysia.

“Ia dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, MYSA memaklumkan, sisa serpihan yang terbakar direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.10 utara dan longitud 119.0° timur.

Fenomena yang tular itu juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menghampiri sisa serpihan berkenaan berikutan kemungkinan bahaya kepada kesihatan manusia.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan