30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRU-15 penggal terakhir Muhyiddin dalam politik

Pengerusi PN itu bercadang untuk bersara dan menghabiskan masa dengan keluarga selepas penggal PRU-15 berakhir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan penggal terakhir beliau dalam gelanggang politik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sebaik berakhir penggal tersebut, beliau akan bersara dan akan meluangkan masa bersama keluarga.

Justeru, Presiden Bersatu itu tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU-15 buat kali terakhir, sekiranya pucuk pimpinan parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon.

“PRU-15 insya-Allah kalau pucuk pimpinan (benarkan bertanding)… saya untuk bertanding. Nampak daripada tepukan tadi mengesahkan boleh bertanding insya-Allah, badan sihat, dulu kena kanser.

“Doa semua sekali makbul Allah bagi saya kesihatan. Kalau nak tendang bola boleh tendang, tapi tak jauh. Kalau pukul golf untuk 200 meter sekali pukul boleh pergi maknanya itu masih (Okey).

“Tapi tak apa, ini soal politik setakat itu sajalah. Mungkin penggal akhir (PRU-15) lepas ini berehat dekat rumah, berehat dengan isteri, cucu-cucu seramai lapan orang, anak-anak saya.

“Saya fikir sudah sampai masa tapi kalau keadaan mendesak dan memerlukan nantilah Insya-Allah kita akan (fikirkan) perkara itu,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian dalam sesi Dialog Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama belia hari ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Muhyiddin, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020 susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang menerusi Langkah Sheraton.

Bagaimanapun, 17 bulan selepas itu iaitu pada 16 Ogos 2021, beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

Pada PRU-14, Muhyiddin bertanding di kerusi Parlimen Pagoh atas tiket PH dan menang dengan majoriti 6,927 undi.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan