32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Coca-Cola halal diminum – Jakim

14 variasi minuman itu masih lagi diperakui halal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan bahawa kesemua produk minuman jenama Coca-Cola sebagai halal diminum umat Islam di negara ini.

Menurut sumber agensi tersebut, dakwaan yang tular dalam kalangan warganet kononnya minuman ringan bergas itu haram adalah amat tidak berasas.

“Setakat ini, data rekod Hab Halal Jakim menunjukkan kesemua 14 variasi minuman itu masih lagi diperakui halal, malah tarikh luput sijil halal oleh pengeluarnya juga adalah sah,” katanya, lapor Kosmo!.

Mengulas lanjut, sumber Jakim menjelaskan, Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. sudah memenuhi segala syarat ketat sebelum ditauliahkan perakuan halal sehingga tempoh 2024.

“Pihak kami tidak pernah berkompromi dalam isu ini, bahkan prosedur ketat kilangnya di Techpark, Bandar Enstek, Negeri Sembilan juga sentiasa dipantau rapi oleh Jakim,”katanya

Advertisements

Semalam, pengguna media sosial di negara ini gempar apabila tular hantaran tangkap layar yang menunjukkan produk itu konon mengandungi alkohol sebagai ramuan perisa rahsianya.

Ia memetik keratan akhbar Times News Network di Amerika Syarikat (AS) yang bersumberkan program This American Life disiarkan lebih 500 stesen radio awam negara itu baru-baru ini.

Rancangan bual bicara itu pula merujuk makalah Atlanta Journal-Constitution berdasarkan dokumen rahsia bertulisan tangan resipi asal yang diterbitkan pada 1979 di premis syarikat itu.

Antara ramuan sebelum diproses untuk bahan dengan kod misteri 7X Flavour itu ialah alkohol seberat lapan aun atau 227 gram di samping enam lagi bahan lain ketika dicipta pada 1886.

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan