23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Pemotong rumput maut dirempuh pemandu remaja tak berlesen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMANDU kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput hingga seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani, Kedah pada Sabtu, didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata, siasatan mendapati MPV berkenaan dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

“Setakat ini, remaja terbabit sudah ditahan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Remaja terbabit yang memandu Perodua Alza tidak cedera dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya, lapor BH.

Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada remaja berkenaan memang diizinkan atau dia membawa MPV terbabit tanpa pengetahuan pemiliknya.

Baca juga:   PM masuk Fakulti Undang-undang UM berdasarkan merit

Dalam kejadian jam 11 pagi ini, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah pada kepala manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV ketika mereka berehat di bahu jalan.

Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada remaja berkenaan memang diizinkan atau dia membawa MPV terbabit tanpa pengetahuan pemiliknya.

Dalam kejadian jam 11 pagi ini, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah pada kepala manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV ketika mereka berehat di bahu jalan.

Baca juga:   Aliran trafik sesak 150 km menghala ke utara

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan