31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isteri sarat mengandung, remaja “syok” lumba haram dicekup polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja berusia 19 tahun yang menyertai lumba haram berjaya dicekup polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, awal pagi tadi.

Polis Daerah Pontian dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, polis telah menjalankan Op Selamat Aidilfitri 18/22 / Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan Pentadbiran Balai Polis Permas dari pukul 12.30 tengah malam hingga 3 pagi tadi.

Menurutnya kenyataan berkenaan, semasa sedang membuat pemantauan di Jalan Tanjung Piai telah ternampak sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di bahu jalan.

“Pada pukul 1.38 pagi telah datang sekumpulan empat buah motosikal sedang berlumba bersaing sesama sendiri dari arah Permas menghala ke Tanjung Piai dalam keadaan menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi sambil melakukan aksi menundukkan kepala kehadapan yang berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

“Polis kemudian berjaya membuat pengecaman pelumba yang terakhir iaitu seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC warna merah.

Advertisements

“Saspek perlumbaan merupakan seorang juruteknik penghawa dingin yang berusia 19 tahun mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung serta mempunyai seorang anak yang berusia 5 bulan telah berjaya ditangkap pada pukul 1.55 pagi di lokasi berhampiran,” katanya hari ini.

Saspek menurut kenyataan berkenaan telah dibawa ke IPD Pontian untuk siasatan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dituduh di bawah seksyen yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda tidak kurang RM 5000 dan tidak lebih RM 15000.

“Nasihat PDRM khususnya Polis Daerah Pontian kepada mereka yang tidak pernah serik menjalankan kegiatan lumba haram ini, anda sentiasa diperhatikan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan