27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiada ruang ‘potong barisan’, ‘guna kabel’ tunai haji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA ruang untuk ‘potong barisan’ atau menggunakan pengaruh (guna kabel) bagi mendapatkan tempat bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ini kerana Tabung Haji (TH) mengutamakan jemaah yang menepati kriteria yang sudah disenaraikan.

“TH ada kriteria tertentu yang menjadi keutamaan Tabung Haji. Itu tak boleh umumlah tetapi cable- cable tak ada.

“Tak eloklah kita nak pergi haji terpaksa potong nama orang yang dah ada, (walau) apa pun kita doa,” katanya lapor Astro Awani hari ini.

Beliau turut menjelaskan kerajaan telah membuat rayuan berhubung kuota tambahan untuk haji musim ini.

Katanya, sekiranya kerajaan Arab Saudi memberikan kuota tambahan, mereka yang merayu mungkin dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Advertisements

Ahmad Marzuk berkata, terdapat sebahagian yang merayu itu juga tidak melepasi tahap kesihatan yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.

Tambahnya, proses saringan jemaah yang menerima surat panggilan juga sedang berjalan ketika ini dengan jumlah sebenar mereka yang layak mengerjakan haji pada tahun ini masih belum diketahui.

Sebelum ini kerajaan Arab Saudi memaklumkan kuota haji Malaysia pada tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Marzuk berkata, pengendali jemaah umrah perlu mematuhi ketetapan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi.

Ianya susulan pengumuman Arab Saudi berhubung tempoh musim umrah yang bakal tamat pada 30 Syawal depan.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan