28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Neelofa tayang duit raya anak berjumlah RM14,020

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MERAIKAN lebaran buat kali pertama bersama cahaya mata sulung merupakan kenangan yang paling bermakna.

Kenangan itu juga diraikan oleh selebriti dan usahawan, Neelofa yang tidak ketinggalan berkongsi kenangan itu kepada peminatnya di media sosial.

Tidak hanya berkongsi gambar keluarga menyambut Aidilfitri, keterujaan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut berkongsi hasil kutipan duit raya anaknya, Muhammad Bilal.

Berkongsi di Tiktok, isteri kepada Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz memuat naik sebuah video yang mereka mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya Aidilfitri kali ini.

Katanya dalam video berkenaan, jumlah duit raya yang diperoleh Muhammad Bilal berjumlah RM14,020.

Advertisements

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham.

“Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” tulisnya.

Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula.

Rata-rata mereka meninggalkan pelbagai komen termasuk kagum dengan duit raya yang diterima putera kesayangan aktres itu.

Namun, ada juga di antara mereka yang meninggalkan komen nasihat yang mengatakan bahawa tidak baik menayangkan harta kepada orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan