29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hospital Kajang catat sejarah laksana prosedur pendermaan organ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TANGGAL 8 Mei (semalam) merupakan tarikh yang bersejarah buat Hospital Kajang kerana dengan julung kalinya berjaya melaksanakan prosedur pendermaan organ di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsikan detik bersejarah berkenaan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga penderma atas tindakan murni tersebut.

“Sesungguhnya pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang sangat bernilai kerana ia bukan sahaja memberikan kualiti hidup yang lebih baik, malah menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ.

“Berdasarkan rekod terkini, terdapat lebih 4,600 pesakit di dalam senarai menunggu organ di negara ini,” kongsinya.

Ujar Noor Hisham lagi, sejarah transplantasi organ di negara ini telah bermula sejak tahun 1975 lagi.

“Pelbagai aktiviti dan langkah pengukuhan terus dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan pendermaan organ.

“Sehingga kini, sejumlah 2,624 pesakit telah menerima manfaat pembedahan transplantasi organ hasil pendermaan organ selepas kematian dan penderma hidup.

Menurut beliau, bagi tujuan menyelaras dan melicinkan proses pendermaan organ, unit atau pasukan perolehan organ telah ditubuhkan di hospital-hospital KKM sebagai inisiatif untuk mengukuhkan perkhidmatan ini.

“Saya menyeru semua pihak untuk terus menyokong program pendermaan organ di Malaysia, demi membantu pesakit-pesakit ini.

“Daftarlah sebagai pengikrar derma organ dan maklumkan hasrat kepada keluarga.

Untuk sebarang maklumat lanjut, laman web derma organ boleh dilayari di www.dermaorgan.gov.my.

Untuk rekod, bagi prosedur pendermaan organ berkenaan telah dikatakan oleh Tissue & Organ Procurement (TOP) Team, Jabatan Anestesiologi & Unit Rawatan Rapi, Jabatan Perubatan, Jabatan Patologi, Jabatan Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Unit Forensik Hospital Kajang serta pasukan pakar Urologi (Mr Ashani dan Mr Tham) Hospital Kuala Lumpur.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan