31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Datuk ambil pesanan ‘nasi ganja’ guna helikopter dituduh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG juruterbang yang menerbangkan helikopter untuk mengambil pesanan nasi ganja di Padang Ipoh Julai tahun lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, atas tuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Datuk Mohamed Raffe K. Chekku, 53, yang juga pengarah sebuah syarikat, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis, lapor Astro Awani.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa tidak mematuhi pelan penerbangan yang dikemukakan apabila telah membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505, nombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain dari Aerodrome yang dinyatakan dalam pelan penerbangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Padang Ipoh, Jalan Tun Sambanthan, pukul 9.50 hingga 10 pagi, 23 Julai tahun lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) peraturan yang sama.

Advertisements

Peraturan tersebut memperuntukkan, bagi seorang individu, hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Dr. Banjit Singh Sidhu.

Pada 23 Julai lalu, media melaporkan sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular di bandar raya Ipoh yang lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’.

Kejadian tersebut menjadi isu apabila pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap kes berkenaan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan