31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia Airlines lancar penerbangan Kuala Lumpur-Doha

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airlines menambah satu lagi destinasi penerbangannya ke Timur Tengah dengan melancarkan laluan Kuala Lumpur-Doha.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, laluan baharu itu bakal meningkatkan jaringan penerbangan globalnya.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan servis baharu ini, iaitu penerbangan langsung yang ketiga ke Timur Tengah selepas Jeddah dan Madinah.

“Keputusan ini bakal memberi lebih kemudahan kepada pelanggan beserta meningkatkan jaringan penerbangan global kami.

“Ia telah pun mencatatkan kadar tempahan penerbangan MH160 dan MH161 yang memberangsangkan iaitu sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, melalui perkongsian sedia ada antara MAB dan Qatar Airways itu, penumpang bakal memperoleh akses kepada 96 kod perkongsian destinasi melalui dua hub strategik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penambahan laluan baharu itu adalah seiring sasaran mencapai 70 peratus kapasiti tempahan pada akhir tahun ini, seperti yang direkodkan sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

Pesawat A330-300 dengan kod penerbangan MH160/161 berkapasiti 290 tempat duduk akan beroperasi setiap hari.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan