25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Budak 3 tahun disahkan dijangkiti HFMD bukan cacar monyet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun yang sebelum ini didakwa dijangkiti cacar monyet (monkeypox) sebenarnya dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian yang dijalankan ke atas sampel yang diambil daripada kanak-kanak tersebut ternyata dia dijangkiti HFMD virus jenis Coxsackie A6.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan sebelum ini dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk diperiksa kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei lalu.

Menurutnya, tiga hari selepas demam terdapat ruam pada anggota badannya sebelum menjadi blister pada 19 Mei dan mula pecah pada 21 Mei lalu.

“Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dua sampel sudah diambil serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan membuat pengujian untuk beberapa jenis virus termasuk HFMD dan cacar monyet.

“Keputusan ujian mengesahkan dia HFMD positif virus Coxsackie A6 dan negatif penyakit cacar monyet serta lain-lain virus,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

Baca juga:   14,516 kes baharu harian COVID-19, Johor melonjak naik

Sebelum ini, media melaporkan KKM memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang notifikasi berhubung jangkitan virus berkenaan di negara ini.

KKM berkata, ia termasuklah kes membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan.

Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan dakwaan yang mengatakan penyakit itu sudah merebak ke Malaysia.

Baca juga:   Ahli Parlimen Labuan mengaku tidak bersalah salah guna kuasa

-EDISI9

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan