29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Zahid mahu RUU Antilompat Parti digubal segera

Mahu PM lantik ahli-ahli Parlimen yang setia kepada parti sebagai pengganti Zuraida dalam Kabinet

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEGERAKANLAH gubal Rang Undang-undang Antilompat Parti, jika tidak semakin ramai wakil-wakil rakyat yang bebas bertukar parti politik mengikut seleranya.

Demikian ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sebelum ini adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum bertindak meninggalkannya secara beramai-ramai dalam gerakan dipanggil Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu.

Zahid berkata, tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja.

“Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

Baca juga:   Akta Antilompat Parti perlu disokong, diluluskan

“Tidak mustahil tanpa pindaan undang-undang disegerakan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Zahid dalam pada itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana pihak yang melompat kemudian kekal jawatan menteri Kabinet.

“Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

Baca juga:   Usahawan boleh iklan produk dalam FB Ahmad Zahid

“Ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri yang dipegang oleh Zuraida,” katanya.

Selain meninggalkan Bersatu, Zuraida juga mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatannya dalam Kabinet namun masih kekal menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Ahli Parlimen Ampang itu sedang berada di Turki bagi memenuhi undangan menyampaikan ucapan dalam Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin sebelum kembali ke Malaysia pada 2 Jun ini.

Jawatan terakhir disandang Zuraida dalam Bersatu ialah sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Harga telur ayam lebih murah diumum esok – PM

HARGA telur ayam yang lebih murah akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu esok. Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan