32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Peguam pemerhati TMJ harap kes Bella bela dipercepat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN peguam pemerhati kes Bella berharap agar keseluruhan proses dan prosiding perbicaraan membabitkan remaja Sindrom Down itu dapat dipercepatkan bagi menjaga kepentingannya.

Empat peguam berkenaan ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Farah Nazira Harun.

Menurut Baljit Singh Sidhu, ini kerana kes remaja berkenaan menarik perhatian masyarakat.

“Kami bertemu dengan adik Bella secara fizikal dan melihat sendiri kesan kecederaan yang dialaminya, kami amat berharap agar keseluruhan prosiding perbicaraan kes terhadapnya dapat dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar pusat jagaan tempat di mana Bella ditempatkan di Seremban hari ini, lapor Harian Metro.

Baljit Singh berkata, lawatan itu bertujuan melihat Bella dari dekat sebagai tanggungjawab selepas dilantik sebagai peguam pemerhati.

Katanya, ini adalah lawatan kali pertama oleh pihaknya dan hasil lawatan mendapati remaja berkenaan dalam keadaan baik serta bersemangat.

“Bella berada dalam keadaan baik dan dijaga dengan baik oleh pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

“Malah, kami dapati beliau dalam keadaan bersemangat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, seramai empat peguam pemerhati dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap kes penderaan Bella.

Kisah Bella yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali, 31, yang kini sedang dibicarakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan