27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Ibu, anak maut dalam kemalangan babitkan lima kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG ibu dan anaknya maut selepas kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, di sini malam semalam.

Mangsa, Mohd. Azharruddin Azmee, 34, dan ibunya, Nor Rohaini Masri, 62, yang beralamat di Felda Palong 12,  Gemas itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati, setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Exora dari arah Palong 7,8 menghala ke Palong 4,5,6 dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tayar belakang sebelah kanan sebuah lori jenis Nissan UD yang datang dari arah bertentangan.

“Selepas itu, kereta berkenaan berlanggar dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Exora di bahagian hadapan sisi kanan yang juga datang dari arah bertentangan. 

Baca juga:   Penjawat jawatan dalam UMNO masih sah, tidak wujud ‘caretaker’

“Kemudian kereta jenis Proton Exora itu berlanggar dengan kereta jenis Proton Avanza yang dinaiki mangsa di bahagian hadapan secara depan dengan depan.

“Tidak lama kemudian, datang lagi sebuah kereta Toyota Avanza lain dari arah belakang Toyota Avanza terbabit dan melanggar kereta jenis Proton Exora di laluan kereta jenis Toyota Avanza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera adalah pemandu kereta Proton Exora, Noorakmawati Ibrahim, 35, dan Azriuddin Ab Karim, 37, yang merupakan penumpang mengalami patah kaki kiri dan luka di muka.

Baca juga:   Mungkin calon MB daripada Bersatu - Muhyiddin

“Sementara pemandu lori, K. Chandran, 39 dan pemandu kereta jenis Proton Exora, Mohd. Zarith Baderondin, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kereta Toyota Avanza pula, Intan Syazwani Azmee, 29, mengalami patah kaki kanan dan penumpang, Ikhwan Nasir Azmee, 34, mengalami kecederaan di bahagian perut.

“Penumpang sebuah lagi Proton Exora, Nora Masri, 58, mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri. Nornadwa Baharudin, 32, yang merupakan isteri kepada Mohd. Azharruddin yang duduk di bahagian belakang tidak mengalami kecederaan begitu juga dengan pemandu sebuah lagi Toyota Avanza, Shafiq Azri Azman, 22,”  katanya.

Ujar beliau, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan selain kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Edisi 9

Baca juga:   Polis cekup lelaki ekori remaja perempuan

Wartawan

Terkini

Dengarlah suara rakyat – Annuar Musa

"DENGARLAH suara rakyat. Apabila Padang ranap dan pulau hampir tenggelam," itu pesanan ringkas daripada Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata...

Lagi Artikel Berkaitan