24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Mangsa ‘scammer’ durian meningkat di daerah Timur Laut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAK beli durian pun ada scammer (penipu)!

Itulah yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang apabila Polis Daerah Timur Laut mengesan berlakunya peningkatan kes-kes penipuan pembelian durian secara dalam talian di negeri berkenaan.

Justeru, Polis Daerah Timur Laut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak memuat turun aplikasi ‘D4 Durian’ untuk membeli durian.

”Modus operandi penipuan pembelian durian ini dijalankan selepas mangsa melihat iklan penjualan durian dengan harga murah dalam aplikasi Facebook, Instagram dan lain-lain.

”Kemudian suspek berurusan terus dengan mangsa menggunakan Whatsapp dan diarahkan menekan pada link yang diberikan dan memuat turun aplikasi ‘D4 Durian’ untuk membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan dalamFacebook hari ini.

Kenyataan itu berkata, apabila mangsa menekan pada pautan yang diberikan, ia akan membawa mangsa ke halaman yang menyerupai transaksi FPX.

Baca juga:   SJR: PM hargai sumbang petugas barisan hadapan

“Sebaik sahaja mangsa memasukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password), sistem pembayaran tersebut akan tergendala.

“Kemudian, mangsa menerima mesej dari pihak bank terdapat pemindahan wang dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga (amaun yang tinggi daripada harga pembelian tersebut),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan