24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Guru harus jadi suri teladan kepada murid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“GURU harus menjadi suri teladan kepada murid.” Itu yang ditegaskan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad.

Beliau berkata demikian menjawab soalan moderator mengenai sama ada guru mampu mengolah dan mengorak pemikiran dan kemakmuran negara bagi bergerak seiring aspirasi wawasan negara dalam Forum Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA di Dewan Tuanku Canselor, Univeristi Malaysia Kelantan, Kampus Bachok hari ini.

Menurutnya, jika dianalisis dan cuba difahami, mengolah dan mencorak pemikiran ini bukan kerja mudah dan ia merupakan satu tanggungjawab yang berat dan besar yang diletakkan di bahu para guru.

“Guru adalah agen perubahan, masyarakat kalau ikut kepada tanggungjawab dan pemikiran tadi dan hasrat kita pula, daripada pemikiran yang diusahakan matlamatnya, adalah untuk menuju perpaduan kemakmuran negara. Tujuan yang sangat besar dan saya kira suci.

“Apa yang patut guru lakukan, dalam usaha mencorak dan mengolah pemikiran tadi? Guru sendiri perlu jadi suri teladan dalam soal perpaduan.

“Sedia maklum murid akan mengikut apa yang diteladani guru, sebab itu dalam konteks menjadikan suri teladan, yang sepatutnya diteladani dalam kalangan murid, kedua guru sendiri ada fikiran kearah perpaduan, menyatupadukan muridnya, ketiga guru pencetus kepada kepada usaha perpaduan.

“Memang cakap senang, bagaimana caranya iaitu dengan pertama kita zahirkan ketiga-tiganya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana harus ada usaha dan unsur perpaduan. Kalau di univeristi terang-terang dalam pembentukkan kumpulan tugasan tiada berpuak dan kedua adalah melalui aktiviti kokurikulum,” katanya.

Baca juga:   ‘Mowgli Malaysia’ bersedih, 30 ekor kerbau mati mengejut sejak Rabu
Baca juga:   BWI telah disalur ke negeri-negeri terjejas banjir - KSN

Di samping itu, katanya, soal adab juga dianggap sangat mustahak kerana tanpa adab seseoraang itu tidak akan ke mana.

“Masa saya menuntut di Amerika dulu, kawasan itu merupakan kawasan cowboy, pensyarah saya cowboy, rakan kuliah juga. Kelas master hanya tujuh lapan orang sahaja. Datang pensyarah ini, dia terus duduk dan angkat kaki atas meja, ini style cowboy, saya pun terkejut, ini pensyarah professor, pelajar lain pun sama angkat kaki, kononnya nak rileks santai-santai.

“Tiba-tiba satu malam itu, professor tanya saya, ‘i notice you never put leg on table…’ dalam hati saya kata, ini peluang saya nak cakap. Dalam budaya saya, menghormati kepada guru ini adalah sangat mustahak selain ibu bapa.

“Gurulah orang yang perlu hormati dan tidak boleh menghalakan kaki pada guru, itu tanda hormatnya saya pada profesor. Rupanya kata-kata saya begitu syahdu bagi dia dan kemudian pensyarah saya terus tidak lagi bertindak sedemikian rupa,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cabaran guru dalam melahirkan generasi muda yang hebat dan mampu saing di peringkat dunia dan melalui amalan baik di sekolah katanya, walaupun nampak macam berat namun itulah diharapkan seorang guru dalam melahirkan insan  yang hebat.

“Meskipun jalan berliku dan banyak cabaran dan bagaimanan guru hadapi cabaran, banyak benda guru kena buat.

Baca juga:   Tengku Permaisuri Selangor sumbang motosikal kepada Nur Athirah

“Dalam hal ini, guru perlu berkomunikasi dengan berkesan. Ini adalah suatu perkara besar. Soal hubungan guru dengan murid sama ada guru mampu berkomunikasi, dan menyatakan idealismenya supaya pelajar nanti dapat membesar menjadi seorang manusia.

“Soal komunikasi dalam pendidikan amat mustahak, jangan sesekali malukan pelajar itu, dengan cacian walaupun kadang-kadang tujuannya adalah untuk mengajar tetapi kesannya sangat negatif.

Baca juga:   6,806 kes baharu! MKN bincang PKP menyeluruh

“Cabaran buat murid pula, mereka perlu menjadi seseorang yang hebat dan orang hebat ini dia tidak akan sama dengan orang lain, jangan takut jadi berlainan daripada orang lain,” katanya.

Dalam Forum Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA itu, dua ahli panel lain yang turut bersama berkongsi pandangan dan ilmu adalah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dato Dr Md Amin Md Taff dan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr R. Ramalinggam bersama moderator Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan, Dr Nordiana Abd Jabar. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan