28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pendidik wajar memahami dan mengetahui peraturan sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pendidik wajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah demi pembentukan sahsiah murid di sekolah dan tidak membiarkan tanggungjawab itu dipikul guru displin dan pengetua semata-mata.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr R. Ramalinggam berkata, sebagai guru, kita perlu tahu peraturan sekolah, jangan pengetua dan guru displin sahaja yang bertanggungjawab membentuk sahsiah murid.

“Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab bersama di mana saling mengetahui serta memahami peraturan yang ada.

“Tepuk dada tanya selera, berapa ramai guru ada buku peraturan sekolah, macam mana nak terapkan. Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama dalam pembentukan sahsiah murid.

“Jadi bila kita nak minta murid-murid mematuhi peraturan sekolah, pastikan kita tahu terlebih dahulu peraturan sekolah. Ini asas yang perlu kita tahu. Kepimpinan melalui teladan yang baik sebelum orang mengikuti teladan kita,” katanya dalam Forum Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA di Dewan Tuanku Canselor, Univeristi Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, hari ini.

Pada masa sama, katanya, setakat ada peraturan tidak mencukupi kerana guru perlu memberi penerangan secara berterusan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

“Ini penting, supaya murid-murid paham menerusi ayat yang diberikan mengikut tahap penerangan.

“Selain penerangan, peringatan perlu juga diberi dan setiap kali guru memulakan pengajaran, boleh juga mengingatkan kepada murid apakah peraturan di dalam dan luar kelas. Jangan sesekali menganiaya murid-murid tanpa memberikan penjelasan. Mereka kanak-kanak yang kita sebenarnya harus dilindungi.

“Masalah displin berbeza, jadi perlu juga kenalpasti dan tangani masalah displin tersebut, mungkin berlaku pemberontakan dalaman. Guru harus kaji akar umbi masalah tersbeut dan itu sangat penting dan caranya adalah menggunakan pendekatan motivasi. Guru haruslah mendidik bukan untuk menghukum dan hukuman adalah sebagai langkah terakhir.

Advertisements

“Mulakan dengan motivasi, berikan kata-kata semangat dan sentiasalah puji anak-anak kita kerana dengan kata-kata tersebut ia menyuntik semangat dengan harapan peluang sama rata diberikan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pengasuhan digital, Ramalinggam berkata, guru perlu mendidik murid dengan sewajarnya.

“Jangan pula kita hanyut dalam era teknologi, guna akaun Tiktok, WhatApps. Tak pernah guna bertahun-tahun tapi kita pula terlebih-lebih di situ.

“Kita sebagai guru dan pemimpin masyarakat, dan kita juga golongan yang ada darjat, dalam konteks tersebut kalau tersilap perlu tegur-menegur, bila kita nak mendidik, pastikan ia digunakan sebaik mungkin.

“Bukan menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan promosi berlebih-lebihan. Tidak ada halangan sebenarnya, tapi haruslah membezakan.

“Konteks tersebut sememangnya merupakan cabaran utama, bagaimana membawa diri pada arus kemodenan yang ada, kita tidak berubah sebenarnya kerana usaha dalam pembentukan sahsiah murid tetap sama.

“Pastikan kita sedar tanggungjawab kita dalam pengasuhaan digital dalam melahirkan modal insane, makanya melahirkan manusia. Ilmu yang dibekalkan semasa sekolah itu menjadi bekalan di rumah dan di mana jua,” katanya.

Ujar beliau, cabaran semakin meningkat, begitu dalam konteks pendidikan namun yang harus perlu mengatur strategi dalam menangani risiko sedia ada.

“Namun bagaimana kita tempuh membangunkan anak bangsa, dari segi adab, sahsiah mengikut kepada falsafah pendidkan kebangsaan. Sahsiah yang baik boleh menjadi warganegara yang baik dan seterusnya dapat menyumbang khidmat kepada masyrakat dan negara,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan