30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Prestasi ekonomi kita semakin baik – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENCAPAIAN ekonomi dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara dan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus mengatasi jangkaan kebanyakan penganalisis ekonomi.

Menurutnya, pelaburan langsung asing (FDI) meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM24.4 bilion berbanding RM8.5 bilion pada suku pertama tahun 2021.

“Kadar pengangguran juga menurun kepada 4.1 peratus pada suku pertama 2022 kepada 671.2 ribu orang, terendah sejak suku kedua tahun 2020.

“Indeks Sentimen Pengguna keluaran Malaysia Institute of Economic Research (MIER) turut meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama tahun 2022 berbanding 97.2 mata pada suku keempat 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Kawalan Harga Minyak Masak diteruskan hingga Mac 2022

Ismail Sabri berkata, Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif yang diterbitkan bersama Vistage dan MIER mencatat 122.1 mata pada suku pertama tahun 2022, paras tertinggi sejak pandemik COVID-19.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet antaranya ada yang meluahkan kelegaan apabila ekonomi semakin pulih.

“Alhamdulillah. Terus fokus kepada pemulihan negara. Rakyat baru nak bernafas semula. Jangan susahkan rakyat dengan bubar parlimen sebelum habis penggal. DS (Datuk Seri) jangan mengalah dengan desakan kluster mahkamah. Utamakan rakyat,” kongsi Ida Khamis II.

Baca juga:   Singapura gantung laluan hijau timbal balik dengan Malaysia

Bagi Andy Syahdy, dia meluahkan harapannya agar pilihan raya umum (PRU) tidak diadakan dalam masa terdekat kerana rakyat sedang berusaha menstabilkan ekonomi keluarga.

“Tak perlu PRU segera Pak Long… teruskan hingga habis penggal… rakyat pun sedang berusaha untuk stabilkan ekonomi keluarga… serabut kepala dengan politik dan perebutan kuasa,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan