29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

COVID-19: Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda, kes naik mendadak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMASYA Sukan Asia 2022 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou mulai dari 10 hingga 25 September depan ditunda berikutan kes COVID-19 meningkat mendadak di China, ketika ini.

Menurut satu kenyataan media, pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.

Kenyataan media itu menyebut, bahawa penularan COVID-19 kali ini adalah yang ‘terbesar’ sejak penularan sebelum ini.

“Pihak Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou mulai 10 hingga 25 September 2022 ditunda.

“Tarikh baru bagi temasya sukan berkenaan akan diumumkan kemudian,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Selaku tuan rumah, Hangzhou berada hampir dengan bandar raya terbesar China, Shanghai yang sedang menjalani perintah berkurung (lockdown).

Sementara itu menurut kenyataan media itu lagi, Huangzhou telah melengkapan 56 venue pertandingan di bandar berkenaan menjelang pembukaan Sukan Asia dan Sukan Para Asia kelak.

Bagaimanapun menurut kenyataan media itu lagi, difahamkan kedua-dua acara sukan besar itu akan ditangguhkan di bawah pelan kawalan virus berdasarkan kepada pengalaman penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari lalu mengikut kaedah ‘gelembung COVID-selamat’ yang dilaksanakan.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan