30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Tiada kes doping libatkan kontinjen Sukan SEA setakat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada atlet daripada kontinjen Sukan SEA yang gagal ujian doping setakat ini.

Beliau berkata, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan terus melakukan ujian secara sistematik ke atas para atlet bagi memastikan kontinjen negara bebas doping pada temasya dwitahunan itu.

“Alhamdulillah, tiada kes setakat ini. Kita harap dapat kekalkan momentum, ujian akan terus dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan latihan atlet Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, malam tadi.

Tiada kes penyalahgunaan bahan terlarang direkodkan pada Sukan SEA 2019 Filipina, namun terdapat kes atlet Malaysia ‘kantoi’ doping pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Ahmad Faizal berkata, kontinjen negara akan berlepas secara berperingkat bermula 4 Mei ini bagi Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung secara rasminya bermula 12 hingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam, dengan acara terjun dan bola sepak bermula seminggu lebih awal.

Baca juga:   Prosedur kemasukan pengembara melalui PMA Johor diperketat

Beliau berkata, hampir 40 peratus atlet yang dipilih mewakili negara pada temasya kali ini merupakan atlet muda yang bakal membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap mereka dapat mempersembahkan prestasi terbaik mereka, terutamanya mengatasi rekod peribadi masing-masing. Ini adalah platform bagi mereka untuk cabar diri di peringkat antarabangsa.

Baca juga:   Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangun bakat muda

“Momentum ini yang kita nak bawa ke Sukan Asia dan Komanwel selepas itu. Ini adalah atlet-atlet muda yang kita nak pertaruhkan di kejohanan yang lebih besar seperti Olimpik Paris 2024 dan sebagainya,” katanya.

Berikutan itu, Ahmad Faizal meminta rakyat Malaysia khususnya peminat sukan supaya tidak terlalu memberikan tekanan kepada mereka untuk membawa pulang pingat emas, sebaliknya memberikan sokongan padu untuk membuat lebih baik berbanding pencapaian peribadi terdahulu.

Sementara itu, mengulas mengenai kesukaran mendapat makanan halal, Ahmad Faizal berkata, pihak MSN bersedia untuk memasak makanan sendiri dan bekalkan pek makanan sekiranya makanan yang disediakan di hotel penginapan tidak memuaskan dan sesuai untuk para atlet negara.

“Berdasarkan tinjauan awal, memang ada kesukaran, jadi kita akan membawa pasukan pemakanan yang pemakanan yang jaga pemakanan atlet, kita boleh bekalkan makanan halal dan pastikan atlet dapat zat yang diperlukan. Kita juga dah menghubungi pihak hotel untuk membawa cef kita sendiri masak di dapur hotel terlibat sekiranya perlu,” katanya.

Baca juga:   IPT dibuka secara berperingkat bermula 15 Oktober

Dalam pada itu, beliau berkata, semangat atlet negara tidak luntur walaupun terpaksa menukar jadual berikutan Ramadan, tidak dapat beraya bersama keluarga dan beraksi pada bulan Syawal demi negara.-Bernama

Wartawan

Terkini

Berani berkhidmat rentasi sempadan politik – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berpandangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat...

Lagi Artikel Berkaitan