24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Terengganu hari ini mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Katanya, pengumuman cuti kelepasan am berkenaan memberi peluang kepada rakyat terutama golongan penjawat awam untuk berhari raya lebih lama bersama ahli keluarga dan saudara masing-masing.

“Kita bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa pada Khamis depan, namun dengan syarat jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 dan 4 Mei,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini lapor Utusan.

Pada 20 April lalu, laporan kenyataan pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak mengunjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pada 3 Mei.

Ia berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau yang mendapati kenampakan hilal Syawal pada petang rukyah 29 Ramadan atau 1 Mei ini agak sukar dilihat dan jasad cahayanya.

Baca juga:   Ahmad Zahrul dulu 'cuci filem' sekarang cuci tangki

Jika hitungan itu diterima, masyarakat Islam di Malaysia berpuasa genap 30 hari buat tahun keempat berturut-turut setelah kali terakhir Ramadan cuma 29 hari ialah pada 2018.

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan