25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Pendekatan pendidikan negara Komanwel ketika pandemik hampir sama

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDEKATAN yang dilaksanakan oleh negara Komanwel termasuk Malaysia dalam mengurus sektor pendidikan ketika pandemik Covid-19 adalah hampir sama.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkongsikan maklumat berkenaan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, apa yang menjadi tumpuan adalah untuk memastikan anak-anak yang bersekolah mendapat akses kepada pendidikan walaupun dalam tempoh yang sukar.

“Banyak yang telah dipelajari, khususnya dalam aspek pendigitalan pendidikan dan latihan kepada pendidik,” katanya sempena Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Komanwel ke-21 hari ini.

Persidangan berkenaan diadakan pada 27 dan 28 April 2022 di Nairobi, Kenya disertai oleh delegasi daripada 54 negara Komanwel.

Menurut Radzi, beliau turut menyertai persidangan tersebut secara dalam talian dan berkongsi tentang mitigasi serta strategi pemulihan sektor pendidikan di Malaysia daripada pandemik Covid-19.

“Antaranya, pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), TV Pendidikan, penjajaran kandungan kurikulum dan latihan guru.

Baca juga:   Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka capai indeks Bahagia

“Dengan pelbagai cabaran yang diharungi, kita akan dapat menyediakan sistem pendidikan yang lebih berdaya tahan dan mampan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Ujar beliau lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk melaksanakan yang terbaik.

-EDISI9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan