27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ahmad Zahid kongsi 7 tips perjalanan selamat, pulang ke kampung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi tujuh tips perjalanan selamat yang sering diamalkan beliau bagi dimanfaatkan seluruh umat Islam yang mulai pulang ke kampung meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Ahmad Zahid menerusi hantaran beliau di Telegram berkata, syukur Alhamdulillah ramai yang memilih bergerak pulang ke kampung bermula hari ini untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

“Setiap kali musim perayaan jumlah kenderaan di jalan raya akan bertambah sekali gus meningkatkan risiko berlaku kemalangan.

“Perkara amat tidak diingini itu pasti dapat dielakkan jika kita mengamalkan pemanduan berhemah dan merancang perjalanan.

“Bagaimanapun pesanan saya sentiasalah berhati-hati di jalan raya kerana tentunya kita mengerti maksud malang tidak berbau,” katanya.

Menurutnya, beliau kongsikan sedikit tips perjalanan selamat yang sering saya amalkan semoga bermanfaat kepada semua InsyaAllah.

1) Tetapkan laluan mana untuk digunakan, masa untuk bergerak dan jangkaan masa tiba serta lokasi untuk mengisi petrol atau berehat sebentar jika perlu. Ini untuk mengelakkan kita memandu dalam keadaan tergesa-gesa.

Advertisements

2) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan termasuk enjin, tayar, brek, lampu isyarat dan lain-lain yang “essential” untuk sebuah perjalanan yang selamat.

3) Jika perlu buat “checklist” barang yang akan dibawa bagi mengelak kita terlupa item penting. Seandainya tertinggal barang tidak terlalu penting mungkin boleh diredakan sahaja untuk mengelak terpaksa berpatah balik.

4) Sematkan dalam fikiran ‘tidak lari gunung dikejar’ bagi mendorong diri untuk sentiasa bersabar dan berhemah ketika menggunakan jalan raya.

5) Pastikan diri telah mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Usah memaksa diri kerana keselamatan diri dan keluarga paling utama.

6) Bawa bekalan makanan sewajarnya jika perlu berhenti untuk berbuka puasa semasa dalam perjalanan. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa perjalanan.

7) Islam mengajar umatnya untuk berdoa ketika bermusafir, maka bacalah doa yang telah diajarkan kerana kepada Allah S.W.T jua kita bertawakkal.

“Saya dengan hati tulus ikhlas mendoakan saudara saudari semua selamat tiba ke destinasi dan sampaikan salam saya kepada seluruh keluarga di kampung,” kata Ahmad Zahid. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan