24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Dua pos kawalan imigresen bantu penduduk di Pangalungan, Bario

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pos kawalan imigresen diwujudkan Jabatan Imigresen di Pangalungan, Sabah dan Bario di Sarawak bagi membantu penduduk setempat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, langkah itu bagi membantu penduduk mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas dalam kadar segera.

Beliau berkata, usaha itu di bawah konsep ‘Imigresen Perihatin’.

“Sebelum ini, penduduk di Bario dan Pangalungan terpaksa mengembara melebihi 100 kilometer (km) menaiki bot, dan kenderaan pacuan empat roda ke Miri dan Keningau masing-masing untuk mendapatkan dokumen yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM20 tersebut.

“Melalui inisiatif baharu ini, keluarga Malaysia di sana tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit kerana dokumen tersebut boleh diperolehi di penempatan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 di sini, lapor Utusan.

Baca juga:   208 PATI Filipina diusir pulang ke negara asal

Tambah beliau, mulai pertengahan tahun lepas Jabatan Imigresen telah memperkenalkan konsep ‘No Wrong Door Policy’ atau Dasar Tiada Pintu Salah’ secara projek perintis selama enam bulan dan akan dilaksanakan sepenuhnya secara berperingkat ketika ini.

Menurut beliau, dasar tersebut bermaksud urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang seperti pas isteri atau suami kepada warganegara dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh diperbaharui di mana-mana pejabat imigresen.

“Tidak lagi terhad kepada pejabat asal di mana fail dibuka.

Baca juga:   UNM siasat syarikat pembersihan guna PATI

“Sebagai contoh, Pejabat Imigresen di Jalan Reko, Kajang selama bertahun-tahun hanya mengeluarkan pasport.

“Tetapi di bawah konsep ‘No Wrong Door Policy’, pejabat ini sekarang telah memproses pembaharuan pas-pas jangka panjang tersebut secara online, “katanya.

Dalam pada itu jelas beliau, dari segi kutipan hasil, sehingga 15 April 2022, jabatan telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM 994,683,218 iaitu 28.4 peratus daripada sasaran RM3.5 billion bagi tahun ini.

“Di bawah indeks prestasi utama (KPI) Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) menteri sasaran jangka pendek, Jabatan Imigresen mensasarkan kutipan sebanyak RM1.4 billion sehingga Jun 2022,”katanya.

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan