24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bekas KSN, Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan perkara tersebut dalam kenyataan media serta mewakili seluruh warga perkhidmatan awam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau menyifatkan Ali sebagai tokoh besar dalam perkhidmatan awam negara.

“Beliau merupakan anak jati Johor serta dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik pada tahun 1981.

“Menelusuri sejarah gemilang perkhidmatannya, beliau telah menabur bakti di pelbagai kementerian dan jabatan antaranya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Advertisements

“Sesungguhnya, pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan perkhidmatan awam.

“Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Ali meninggalkan isteri iaitu Puan Sri Rohani Abdullah dan empat orang anak.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara selama enam tahun mulai dari 2012 juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PPA1M), ahli Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN CEPA) dan Pengerusi Institut Integriti Malaysia.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan