24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ali Hamsa tokoh pentadbir perkhidmatan awam disegani – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, sebagai tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta dihormati ketika dalam perkhidmatan.

Beliau berkata, Allahyarham banyak menabur jasa, bakti dalam perkhidmatan awam, dan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara.

“Mendapat perkhabaran sedih mengenai pemergian Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, yang kembali ke rahmatullah pagi ini, 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443H.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, Allahyarham merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 2012 hingga 2018.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Advertisements

Ali Hamsa meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland hari ini.

Allahyarham merupakan anak jati Johor serta dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981.

Allahyarham pernah bertugas di pelbagai kementerian dan jabatan antaranya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PPA1M), ahli Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN CEPA) dan Pengerusi Institut Integriti Malaysia.

-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan