25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

1,000 lokaliti dipilih jalani program basmi miskin tegar

Mesti Baca

SEBANYAK 1,000 lokaliti akan dipilih bagi pelaksanaan Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) sehingga penghujung tahun 2025, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu sebanyak 80 lokaliti membabitkan kira-kira 5,000 ketua isi rumah (KIR) akan mengikuti BMTKM tersebut di bawah fasa pertama yang akan bermula bulan ini.

“Pelaksanaan BMTKM menggunakan pendekatan baharu yang lebih holistik, bersepadu dan berfokus dengan memberi tumpuan kepada aktiviti penjanaan pendapatan dalam kalangan KIR miskin tegar secara mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) kali pertama bagi tahun 2022 di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian itu turut dihadiri oleh empat Menteri Kanan serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Baca juga:   184 kes positif COVID-19 dikesan di PPS seluruh negara

Perdana Menteri berkata, mesyuarat juga dimaklumkan berkenaan Perancangan Projek Tebatan Banjir yang berjumlah RM15 bilion bagi tempoh lapan tahun bermula 2023 hingga 2030.

“Kaedah pembiayaan projek-projek ini sedang diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

“Perancangan secara holistik ini merangkumi projek jangka masa pendek/sederhana dan panjang,” kata beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat dimaklumkan bahawa Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas Tahun 2022 setakat 15 April 2022 adalah pada kadar 18.33 peratus.

Baca juga:   Hari Raya: PM gesa terus amalkan kawalan kendiri

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara (JP4N) telah diwujudkan bagi menangani cabaran-cabaran utama dalam pengagihan DE.

“Mesyuarat bersetuju supaya Ketua Setiausaha semua kementerian melaporkan status perbelanjaan DE kepada Menteri masing-masing pada setiap bulan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mempercepatkan pelaksanaan projek,” katanya.

Dalam pada itu, kata Perdana Menteri, selaras dengan RMK-12, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.

“Mesyuarat pada hari ini telah meluluskan rangka kerja untuk memantau prestasi beberapa petunjuk untuk mencapai sasaran tersebut.

“Petunjuk ini merangkumi tiga komponen iaitu kemakmuran, inklusiviti dan kemampanan,” kata Perdana Menteru.

Antaranya termasuklah pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan isirumah, peningkatan daya saing dan produktiviti serta peningkatan sumbangan industri berimpak tinggi kepada ekonomi.

Baca juga:   Festival Guru Malaysia 2022 berlangsung meriah

Komponen lain, jelas Ismail Sabri, termasuk pembasmian kemiskinan tegar, pembangunan negeri yang seimbang serta kemampanan dan daya tahan alam sekitar. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto, netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di...

Lagi Artikel Berkaitan