29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sultan Johor perkenan barisan Exco, angkat sumpah Sabtu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik akan mengangkat sumpah pada Sabtu ini, selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia berikutan beliau sudah mempersembahkan senarai barisan Exco itu kepada Sultan Ibrahim, pagi tadi.

“Sultan Ibrahim memperkenankan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Exco diadakan pada Sabtu ini iaitu 26 Mac, 2022, di Balai Mengadap Istana Bukit Serene. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya dalam muat naik di akaun Facebooknya, pagi ini.

Pada 18 Mac lalu, media melaporkan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Onn Hafiz, dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Advertisements

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira jam 3 petang hari berkenaan.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian Umno Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan