34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sempadan Thailand- Malaysia di Satun akan dibuka 1 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik bagi rakyat di negara ini apabila wilayah Satun iaitu sempadan antara Thailand dan Malaysia akan dibuka semula pada 1 April ini.

Dengan pembukaan sempadan tersebut, ia sekali gus membolehkan semua aktiviti termasuk perjalanan keluar masuk dan perdagangan dua hala dilakukan.

Perkara itu dimaklumkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) yang turut memberitahu lebih banyak pintu masuk juga akan dibuka di bawah skim ‘Test & Go‘.

Antara pintu masuk baharu adalah di pelabuhan di Surat Thani untuk kapal dan kru Thailand yang berdaftar serta lapangan terbang di Hat Yai, Songkhla, Krabi dan Surat Thani.

Timbalan Gabenor Songkhla memaklumkan, pos pemeriksaan sempadan di daerah Sadao juga bersedia untuk dibuka semula selepas mendapat kebenaran daripada CCSA.

Advertisements

Lapor Thai PBS World, Sadao merupakan pintu masuk utama pelancong dari Malaysia ke Thailand sebelum pandemik COVID-19 bermula.

Pembukaan semula Satun selepas dua tahun akibat pandemik COVID-19 juga bakal menyaksikan pihak berkuasa dari kedua-dua negara berbincang mengenai langkah pencegahan virus maut itu.

Selain itu, pos pemeriksaan keselamatan akan dibuka di daerah Khuan Don di Satun.

Pengumuman pembukaan Satun dibuat selepas Thailand mengumumkan bakal melonggarkan semua peraturan ujian Covid-19 kepada pelancong yang ingin memasuki negara ini bermula 1 April.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan